Sunday, July 10, 2011

Nikmati Keyakinan Diri Anda

Alhamdulillah. Menerusi blog ini saya dapat berkongsi dgn rakan2 diluar sana tentang harga diri kita. Sebenarnya ramai diantara kita telah lupa akan penciptaan kita di atas muka bumi ini..Kita patut bersyukur atas apa yang Allah kurniakan segala2nya pada kita. Kita ada segala2nya, 2 mata, hidung, mulut, tangan, kaki, akal dan paling penting kita dilahirkan dlm keadaan yang normal dan sihat. Malah kita bebas menghirup udara dan setiap saat nadi kita masih berdenyut dgn baik.

Nikmat hidup ini perlu kita gunakan sebaik mungkin utk membina jati diri umat Islam yang kuat. Yakin pada Allah yang telah menganugerahkan kita pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Yakin pada diri sendiri adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat ALLAH SWT.

Apabila bercakap pasal Perniagaan lebih2 lagi MLM ramai yang tak yakin.
Ramai yg bagitahu saya tak yakin laa...susah laa...payah laa...
Dalam 10 org saya jumpa, biasanya  seorg pun payah nak cakap..Saya yakin saya boleh buat!!
Tak yakin jual barang, tak yakin boleh bercakap macam saya, tak yakin nak menyakinkan org, tak yakin boleh ajak org join jgk, tak yakin boleh keluar modalnya dan yang paling dasyhat , tak yakin boleh berjaya macam saya. Isk..isk...alasan je..1001 satu alasan boleh kita cipta utk gagal. Cuba jangan bagi alasan tapi tanamkan dlm minda..MAIZA BOLEH..Kenapa AKU TAK BOLEH??

Kenapa tak yakin?? Saya telah membuktikan kita BOLEH..ramai dah berjaya dalam bisness ini. Bukti ada depan mata. Gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak. Jgn kita nafikan apa yang benar, kita perlu belajar utk mencipta KEJAYAAN.  Disini saya kongsikan sedikit maklumat tentang betapa nikmatnya anda sekiranya MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI.


Lebih yakin anda terhadap diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda. Keyakinan diri anda boleh mengalahkan pelbagai cabaran dan masalah yang timbul dalam kehidupan anda seharian utk terus maju ke hadapan.
Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri

  • Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup atau hala tuju yang tidak menentu / tidak jelas
  • Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
  • Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
  • Kurang kemahiran dan persediaan
  • Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
  • Kemiskinan akibat kurangnya idea serta Sains Kejayaan Hidup
  • Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas

Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri

·  Kurang senyum

·  Risau dan kelihatan risau

·  Gugup dan kelihatan gugup

·  Kurang berinteraksi

·  Malas bekerja atau berusaha

·  Cincai dan kelihatan selekeh

·  Suka meminta-minta

·  Mudah putus asa

·  Suka gossip dan mengumpat

·  Defensif dan cepat marah

·  Mudah atau suka berbohong


Nikmatilah Keyakinan Diri Anda

Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin !!



MEMBINA KEYAKINAN DIRI
 

BERSAMA CDM MAIZA 
0134808091

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah cdm.

CDM Maiza | CDM Raffi said...

Terima kasih!! Doakan saya memperolehi keyakinan diri yg tinggi dgn membawa org2 lain seperti saya. amin